Monday, April 13, 2009

Aku teringat Chelsea

note : Aku copy dr blog lama aku yg dah bbulan2 tak update.

Aku terkenang akan peristiwa bersejarah di mana pada 29.07.2008 bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor, Chelsea bjaya menundukkan Malaysia dengan keputusan 2-0 pada pelawanan itu. Ini merupakan perlawanan pra musim EPL 2008/2009 mereka dalam siri jelajah Chelsea Asian Tour 2008.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Malaysia, Mohd Helmi Eliza Elias yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya daripada para pemain Chelsea yang berstatus bintang. Satu percubaan first timer volley yang dilakukan oleh Deco, berjaya ditepis keluar oleh Helmi.

Pemain Selangor, Mohamad Amirulhadi Zainal hampir memeranjatkan pasukan Chelsea pada minit ketiga apabila tendangannya tersasar sedikit dari gawang gol Chelsea.

Bagaimanapun, pintu gol Malaysia bolos juga pada minit ke 36 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke 52.

Bagi Chelsea, kemenangan itu sekali gus melengkapkan rekod bersih mereka sepanjang siri jelajah musim ini selepas skuad kendalian Luiz Felipe Scolari itu menewaskan Guangzhou Pharmaceutical (4-0) dan Chengdu Blades (7-0) sebelum ini.

Ape2 pun, tahniah pada pasukan Malaysia. Dan yang penting.. Chelsea Chelsea?? Hehehe.. Aku bukan Chelsea FC k.. Aku sokong je sume football team.. Tak kisah.. Im independent.. (^,^)v

0 komen: