Wednesday, April 1, 2009

Jangan Sambut April Fool



Korg tau apa itu APRIL FOOL?? April = Bulan 4, Fool = BODOH.. Bagi aku yang melucukan, kenapa masyarakat kita terikut-ikut akan budaya barat ini?? Kebodohan yang menyerlah. Cuba pikir. Dlm setahun ada 12 bulan, rupanya ada 1 bulan jer yg bodoh (April).. 1 April adalah satu hari yang diisi dengan penuh kebodohan. Kenapa tidak jika kita penuhi dengan perkara lain??

Menjelang aje 1 April, ada je di antara kita begitu sibuk dan terikut-ikut budaya barat serta merayakannya!!! Kamu begitu naif atau bahasa kasar nya BODOH. Memperbodohkan diri sendiri. Budaya barat sebegitu senang dapat mempengaruhi kita. Jangan jd BODOH!!

Apa makna sebenar di sebalik 1 April?? Kamu ingin tahu??

1 April sebenarnya adalah untuk mengingati kejatuhan Kerajaan Islam yang telah berkurun-kurun lamanya bertapak di Wilayah Granada, Sepanyol oleh tentera-tentera Kristian. Orang-orang Islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tentera-tentera Kristian nie masih tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan semua kaum Islam di Sepanyol itu. Mereka membuat satu rancangan penipuan yang mahu dikenakan ke atas kaum Islam td. Mereka menyatakan bahawa semua penduduk Islam boleh belayar keluar meninggalkan Sepanyol secara selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang terdapat di pelabuhan. Orang-orang Islam kurang mempercayai tawaran tentera Kristian tu lalu menghantar sebahagian orang Islam yang len untuk pergi ke pelabuhan dan melihat kapal-kapal yang dimaksudkan oleh tentera Kristian berkenaan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 Apr), semasa penduduk Islam berkenaan menuju ke pelabuhan, pada masa ini la tentera-tentera Kristian bertindak menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Tambahan pula, penduduk-penduduk Islam tadi tidak dapat menaiki kapal-kapal kerana kapal-kapal tersebut turut dibakar oleh tentera-tentera Kristian yang kejam itu.

Pihak Kristian kmudiannya menyerang penduduk-penduduk Islam berkenaan dengan membunuh kesemua kaum laki, perempuan dan anak-anak kecil tanpa belas kasihan. Peristiwa sedih tersebut kemudiannya diraikan oleh pihak Kristian yang terbabit.

1 Apr pd tahun 1487 atau lebih tepat lagi 892 H menjadi satu sejarah gelap Muslim Sepanyol tetapi menjadi hari permulaan perayaan The April's Fool Day, April Mop, atau April's Fool Day.

Walaupun kita tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Akan tetapi, yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa begitu mudah untuk masyarakat kita menerima satu budaya yang tidak diketahui asal-usulnya??

Lu Pikirlah Sendiri~~~

0 komen: